Fasal 5 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

Fasal 5.1
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

a) Ahli Biasa (Tahunan) Bayaran Masuk Ahli: RM 10.00 (Untuk sekali sahaja)
Yuran Tahunan: RM 10.00

b) Ahli Tetap Yuran seumur hidup: RM 100.00

c) Ahli Kumpulan Teater Bayaran Masuk: RM 10.00 (Untuk sekali sahaja)
Yuran Tahunan: RM 50.00
(Berhak menghantar 2 orang wakil menghadiri Mesyuarat Agung, wakilnya hanya berhak mengundi sahaja.)

d) Ahli-ahli Kehormat Yuran seumur hidup: RM 2000.00

e) Ahli-ahli Korporat. Yuran untuk sekali sahaja: RM 5000.00

Fasal 5.2
Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari pada bulan Januari tiap-tiap tahun.

Fasal 5.3
Ahli biasa dan ahli kumpulan teater yang membiarkan hutang yuran tahunannya lebih daripada tempoh dua bulan daripada Fasal 5.2 akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

Fasal 5.4
Ahli biasa dan ahli kumpulan teater yang membiarkan hutang yuran tahunannya lebih daripada tempoh tiga bulan daripada Fasal 5.3 dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

Fasal 5.5
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

Fasal 5.6
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.