0 0
Read Time:1 Minute, 28 Second

Dengan segala hormatnya, sukacita kami ingin memaklumkan bahawa ‘Persatuan Angkatan Seni Lakon Interaksi, Kuala Lumpur dan Selangor’ telah ditubuhkan, dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kuala Lumpur pada 09 Feb 2006.

Maka, ASLI akan menjalankan tugasnya dengan objektif yang ditetapkan, iaitu;

1 Menyemarakan aktiviti seni dan budaya serta meningkatkan taraf seni drama, demi memupukkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional.

2 Memelihara dan melindungi hak cipta karya seni pentas, memperjuangkan hak, kepentingan dan kebajikan kumpulan dan individu seniman, demi mengindustrikan seni drama tempatan.

3 Menyatupadukan kumpulan-kumpulan teater dan para penggiat seni drama, di samping meluaskan jaringan antarabangsa, demi memajukan seni drama tempatan ke peringkat antarabangsa.

4 Membekalkan satu platform berinteraksi yang terbuka untuk perancangan, promosi, penyelarasan dan pemantauan kegiatan teater serta memantapkan pengurusan industri teater Malaysia.

5 Memantapkan dan memperluaskan pendidikan seni teater demi diwarisi oleh generasi muda, dan seterusnya menggalakkan pendidikan lanjutan seni teater melalui sokongan dan bantuan dari segi informasi dan kewangan agar meningkatkan profesonalisme bidang tersebut.

PERLANTIKAN AJK PERTAMA
Pengerusi – Goh You Ping Naib Pengerusi – Ho Shih Phin
Setiausaha – Lim Yan Fen Penolong Setiausaha – Yeo Peng Lee
Bendahari – Wong Hon Keong Naib Bendahari – Ng Kok Fong
AJK – Lew Cheen Khong

Dengan ini, ASLI berharap dapat berganding bahu serta mendapat sokongan dan bantuan dalam apa jua bentuk daripada pihak Tuan/Puan demi meningkatkan kualiti dan taraf profesionalisme seni teater dari segi persembahan, pementasan, kreativiti, pengurusan, pendidikan serta pemasaran, dan seterusnya mewujudkan perpaduan dan intergrasi kebangsaan. Secara langsungnya, ini akan mengharumkan nama negara kita bukan sahaja dari segi perkembangan seni, tetapi juga dari segi pembangunan kemanusiaan secara holistik.

Kerjasama dan jasa baik daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang Ikhlas,

Goh You Ping / LimYan Fen
Pengerusi ASLI / Setiausaha ASLI

Undang-undang Persatuan.

http://www.myasli.org/?page_id=2

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.