Festival Kuala Lumpur 2008 on July


在2008年7月。文化部 主办KL Festival。要说是艺术节又没有art.所以华文我也不会写。

假如您在7月份,有任何文艺活动,可以通知文化部,以便列入KL Festival 2008 的节目表中。

http://www.klfestival.org.my/

klfest-08-logo-new.JPG

 MESYUARAT PENYELARASAN PENGISIAN PROGRAM SEMPENA FESTIVAL KL 2008 Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujukkan YBhg. Dato’/ Tuan/Puan berhubung perkara tersebut diatas.

2.          Festival Kuala Lumpur 2008 seperti yang telah dipersetujui oleh Kabinet akan dilaksanakan sepanjang bulan Julai. Untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan Festival Kuala Lumpur telah dianjurkan secara bersepadu oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

2.          Sehubungan itu, JKKN selaku Urus Setia bagi festival ini telah diamanahkan untuk menyelaraskan pengumpulan program/aktiviti kebudayaan, kesenian dan warisan yang dijalankan sepanjang bulan Julai untuk disenaraikan sebagai kalendar aktiviti bagi tujuan promosi dan publisiti.

3.          Justeru, JKKN memohon penglibatan pihak YBhg. Dato’/ Tuan/Puan untuk mengemukakan aktiviti-aktiviti berikut menerusi satu mesyuarat awal penyelarasan tersebut pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut :

Tempat          : Bilik Mesyuarat Tingkat 18, Jabatan Kebudayaan & Kesenian             Negara, Menara TH Perdana, 1001 Maju Junction

Tarikh : 12 Mac 2008 (Rabu)

Masa            : 11.00 pagi

3.       Untuk makluman YBhg. Dato’/ Tuan/Puan, JKKN memohon agar pihak YBhg. Dato’/ Tuan/Puan dapat menyediakan persiapan berikut sepertimana format acara yang dilampirkan. Untuk keterangan lanjut berhubung mesyuarat ini bolehlah menghubungi Cik Ezlina / En. Asyraf di talian berikut; 03-26127642/462 di Unit Perhubungan dan Pemasaran JKKN.

Sekian, semoga berada dalam makluman dan perhatian pihak YBhg.Dato’/ Tuan / Puan jua.

Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Budi Bahasa Budaya Kita “

“SEMARAKKAN SENI BUDAYA “

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ NORLIZA ROFLI)

Ketua Pengarah

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

留言区

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *