Fasal 3 TUJUAN/MATLAMAT

Fasal 3.1
Menyemarakan aktiviti seni dan budaya serta meningkatkan taraf seni drama, demi memupukkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional.

Fasal 3.2
Memelihara dan melindungi hak cipta penggiat seni pentas, memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan kumpulan teater serta kebajikan penggiat-penggiat seni lakon, demi mengindustrikan seni drama Malaysia.

Fasal 3.3
Menyatupadukan kumpulan-kumpulan teater dan penggiat-penggiat seni drama dan mengusahakan peluang-peluang untuk kemajuan teater ke tahap antarabangsa.

Fasal 3.4
Menbentuk satu pusat interaksi yang merancang, mempromosi, menyelaras dan memantau kegiatan teater serta memantapkan pengurusan industri teater Malaysia.

Fasal 3.5
Mempergiatkan pendidikan teater demi mewariskan seni budaya Malaysia kepada generasi muda, sumbangan moral ataupun bantuan kewangan pendidikan demi mewujudkan pakar-pakar seni drama masa depan digalakkan.