Fasal 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

Fasal 9.1
Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah beliau menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha atau Bendahari; seperti apa yang dinyatakan di Fasal 10.3.

Fasal 9.2
Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.

Fasal 9.3
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan, dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat cacatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangi semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi atau Bendahari; seperti apa yang dinyatakan di Fasal 10.3. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Fasal 9.4
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan keja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

Fasal 9.5
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Beliau hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Pengerusi atau Setiausaha; seperti apa yang dinyatakan di Fasal 10.3.

Fasal 9.6
Naib Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan keja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari.

Fasal 9.7
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.