章程


Fasal 11 PEMERIKSA KIRA-KIRA

Fasal 11.1
Dua orang ahli yang bukan Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh dilantik semula.

Fasal 11.2
Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setiap tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhimatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.