章程


Fasal 4 KEAHLIAN

Fasal 4.1
Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 keatas yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, dimana beliau adalah peminat dalam kesenian drama dan teater.

1) Ahli Biasa. (Tahunan) – peminat dalam kesenian drama dan teater,
berumur 18 keatas.
2) Ahli Tetap. – individual yang berminat dalam kesenian drama dan teater, berumur 18 keatas.
3) Ahli Kumpulan Teater.- kumpulan teater yang berdaftar yang bergiat dalam kesenian drama dan teater
4) Ahli Kehormat. – individual yang menyokong kesenian drama dan teater, berumur 18 keatas.
5) Ahli Korporat – syarikat atau perbadanan yang menyokong kesenian drama dan teater.

Fasal 4.2
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua ahli pertubuhan yang sah, iaitu antara: ahli biasa, ahli tetap atau ahli kumpulan teater, dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

Fasal 4.3
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah beliau sebagai ahli.

Fasal 4.4
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali dengan kebenaran secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti terlebih dahulu.

Fasal 4.5
Hak-hak Ahli
a. Ahli Biasa. (Tahunan) Berhak mengundi dan dicalon menjadi ahli jawatankuasa.
b. Ahli Tetap. Berhak mengundi dan dicalon menjadi ahli jawatankuasa.
c. Ahli Kumpulan Teater. Berhak menghantar 2 orang wakil dan setiapnya berhak membuat satu undi sahaja.
d. Ahli Kehormat. Berhak menghadiri Mesyuarat Agung sahaja.
e. Ahli Korporat. Berhak menghadiri Mesyuarat Agung sahaja.